Penat
Apa yang kurasakan sekarang adalah PENAT
Penat berusaha untuk memberikan yang terbaik
Penat memikul sesuatu yang rasanya seperti tidak bernilai
Penat menjadi seorang yang tak mampu untuk bertindak
Penat menjadi seorang yang terlalu introvert
Penat menjadi sesuatu yang bukan aku inginkan
Penat dijadikan boneka dan dipergunakan
Penat apabila cuma kesalahan yang dipandang
Penat apabila usaha yang kita lakukan nampak sia-sia
Penat apabila tidak diberikan ucapan terima kasih
Penat kerana tidak difahami
Penat dengan semuanya
Bilakah semua ini akan berakhir?
Tuhan, aku mohon keluarkan aku daripada semua ini
Segala yang aku lalui kadang kala terasa begitu sakit
Bantu aku
Tolong aku
Aku penat
Ulasan
Catat Ulasan