Pengorbanan
Seorang ibu kasihan kepada anaknya yang sering dimarahi suaminya.
Terkadang anak itu dimarahi hanya disebabkan kepenatan suaminya.
Anak itu hanya mampu diam dan bersabar akan kelakuan ayahnya.
Lalu, ibu itu menghantar anaknya bekerja dan berdikari di luar negeri.
Anaknya akan balik ke rumah pada setiap hujung minggu dan meluangkan masa bersama keluarga.
Selepas beberapa tahun, anaknya berjumpa jodoh dengan wanita dari negeri itu dan selepas berumah tangga, anaknya sudah tidak boleh sering pulang.
Walaupun ibu itu memahami situasi anaknya, jauh di sudut hatinya tentu perasaan rindu itu ada.
Lumrah kehidupan, inilah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.
Setiap yang kita miliki di dunia, semuanya bukan milik kita. Semoga setiap ujian dan pengorbanan yang kita lalukan, ikhlas kerana Tuhan.
p/s: aku doakan semoga pengorbanan ibuku diberikan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT. Aamiin.
Ulasan
Catat Ulasan