Sedar
Berpijak di bumi yang nyata Aku sedar diri Aku tahu siapa aku Jadi ungkapan ini harus aku pegang agar diri tidak dilihat seperti badut Walaupun ungkapan jangan terlalu dengar apa orang kata juga harus aku pegang Tapi bagi aku maruah itu tinggi nilainya Maruah diri, maruah keluarga Jika aku melakukan sesuatu yang tidak baik Keluarga akan terpalit sama Jika aku pilih untuk tidak mendengar Pun orang akan mengata keluarga Jadi aku cuba untuk buat sehabis baik Tapi buat masa ini Biarlah jika langkah ku perlahan Apa yang boleh aku katakan Aku sendiri yang memperlahankannya Kerana aku penat Semua yang aku jalani sebelum ini terasa begitu pantas Berilah aku ruang and masa Agar aku dapat menyusun semula langkah ini Untuk terus berjalan Di jalan yang diredhai-Nya InshaAllah Semoga aku terus kuat untuk melangkah Aamiin -iy
