Sedar
Berpijak di bumi yang nyata
Aku sedar diri
Aku tahu siapa aku
Jadi ungkapan ini harus aku pegang agar diri tidak dilihat seperti badut
Walaupun ungkapan jangan terlalu dengar apa orang kata juga harus aku pegang
Tapi bagi aku maruah itu tinggi nilainya
Maruah diri, maruah keluarga
Jika aku melakukan sesuatu yang tidak baik
Keluarga akan terpalit sama
Jika aku pilih untuk tidak mendengar
Pun orang akan mengata keluarga
Jadi aku cuba untuk buat sehabis baik
Tapi buat masa ini
Biarlah jika langkah ku perlahan
Apa yang boleh aku katakan
Aku sendiri yang memperlahankannya
Kerana aku penat
Semua yang aku jalani sebelum ini terasa begitu pantas
Berilah aku ruang and masa
Agar aku dapat menyusun semula langkah ini
Untuk terus berjalan
Di jalan yang diredhai-Nya
InshaAllah
Semoga aku terus kuat untuk melangkah
Aamiin
-iy
Ulasan
Catat Ulasan