Cinta Kepada Yang Selayaknya

Cinta
ia luas
bukannya sekadar antara dua insan;
lelaki dan perempuan



Cinta
kepada Sang Pencipta;
Allah S.W.T.
ia perlu didahulukan
daripada segalanya

Cinta
kepada Rasulullah S.A.W.
dan agama Islam
perlu dipupuk
sejak dari kecil
agar terpahat kukuh
iman di dada

Cinta
kepada kedua ibu bapa
mereka sudah banyak berkorban
untuk kita
dan lebih layak
dicintai selepas cinta
kepada-Nya, Rasulullah S.A.W.
dan agama

*kepada wanita yang sudah berkahwin, cinta selepas Allah, Rasulullah S.A.W. & agama ialah suaminya. Kemudian, barulah kedua ibu bapanya kerana syurganya terletak di bawah telapak kaki suaminya.

p/s: pandang dan lihatlah CINTA itu dalam konteks yang luas agar memahami erti sebenar-sebenarnya dan agar diberikan cinta hanya kepada yang selayaknya. 
renungan

-Anugerah Terindah

Ulasan

Catatan Popular